Syeikh Ibrahim Niase Dan Tarekatnya

Seseorang berkata kepada Shaykh Ibrahim Niase
(Tarekat Tijaniyya) semasa beliau melawat Arab Saudi.

Katanya:

"Wahai Shaykh, anda adalah seorang
bijaksana, berilmu, kenapa anda tidak beritahu pengikut pengikut anda supaya tinggalkan Tarekat, ianya suatu Bida'ah."

Kemudian Shaykh menjawab:

"Tarekat itu hanya ada 2 jalan. Satu ialah jalan menuju kepada mengingati Allah dan mencintai Wali WaliNya. Manakala yang satu lagi ialah jalan untuk melupakan Allah dan membenci Wali WaliNya.

Bagi kami, kami pilih jalan yang pertama. Tetapi
jika anda ingin memilih jalan yang kedua, anda dipersilakan."

Facebook

Spotify

Youtube Channel