Berbicara Tentang Agama


Guru Mulia Al'Allamah Ad-Dai' iIallah Al'Arifbillah Al-Habib Umar Al Hafidz berkata : "Betapa ramai orang berbicara tentang Agama, akhirnya membawa kepada jema'ah tertentu. Betapa ramai orang yang berbicara tentang Agama, akhirnya membawa kepada kepentingan tertentu seperti kemasyhuran diri ataupun keuntungan bisnis.

Betapa ramai orang berbicara tentang Agama, akhirnya hanya membawa kepada tariqat tertentu. Betapa ramai orang yang berbicara tentang Agama, akhirnya membawa kepada partai tertentu.. Sekiranya begitulah tujuan seseorang berbicara agama, maka siapakah pula orang yang akan berbicara tentang Agama, untuk mengajak umat Islam kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW?" "Sesungguhnya, Umat Islam berhajat kepada majlis-majlis yang menyatukan hati-hati mereka,yang mana majlis tersebut hanya
bertujuan untuk menghidupkan Agama, sebagaimana yang diperintahkan oleh Baginda Muhammad SAW Bahkan majlis-majlis sebegitulah- lah yang menjadi kebanggaan Baginda Muhammad SAW dan majlis tersebut menyatukan hati umat Islam diatas cinta kepada Allah SWT dan Baginda SAW" Habib 'Umar pun berdoa sebelum meneruskan ucapan beliau

"Ya Allah, jadikanlah kami golongan yang menghidupkan Agama kami".
"Ya Allah, jadikanlah kami golongan yang menghidupkan Agama kami".
"Ya Allah, jadikanlah kami golongan yang menghidupkan Agama kami"... 

Aminn allahmuma amin.

Facebook

Spotify

Youtube Channel