Lahir pada tahun 1335 H./ 1915 M. di Makkah.
Menimba ilmu, mula-mula dari ayahnya sendiri; Syeikh Muhammad Isa Al Fadani, lalu kepada bapa saudaranya, Syeikh Mahmud Al Fadani.
Setelah itu melanjutkan pendidikannya di Madrasah Saulatiyyah (1346H) dan akhirnya di Dar Al Ulum Al Diniyyah, Makkah (tamat 1353H). Selain pendidikan formal, Syeikh Yasin juga banyak berguru kepada ulama-ulama besar Timur Tengah. Diantaranya beliau belajar ilmu Hadith bersama Muhaddith Al Haramain Al Syarafain Syeikh Umar Hamdan Al Mahrisi,Syeikh Muhammad Ali bin Husain al-Maliki(digelar Sibawihi fi zamanihi), Syeikh Umar Ba junaid, Mufti Mazhab Syafie Makkah Al Mukarramah Sayyid Ahmad ibn Zaini Dahlan,Syeikh Said bin Muhammad al-Yamani, dan Syeikh Hassan al-Yamani. Dalam disiplin ilmu Ushul fiqh, beliau menimba ilmu diantaranya pada Syeikh Muhsin bin Ali al-Palimbani al-Maliki (ulama keturunan Palembang yang tinggal di Mekah), Sayyid Alwi bin Abbas al-Maliki al-Makki (ayah kandung Sayyid Muhammad). Bahkan disebutkan bahawa jumlah gurunya mencapai kisaran 700 orang, lelaki mahupun perempuan.
Selama bertahun-tahun Syeikh Yasin aktif mengajar dan memberi kuliah di Masjidil Haram dan Dar Al Ulum Al Diniyyah, Makkah, terutama dalam bidang ilmu Hadits. Pada tiap-tiap bulan Ramadhan selalu membaca dan mengijazahkan salah satu diantara Kutub al-Sittah (6 kitab utama ilmu Hadits). Hal itu berlangsung lebih kurang 15 tahun.
Syeikh Yasin juga menulis hingga mencapai lebih dari 60 buah, diantaranya Al-Durr al-Mandlud Syarh Sunan Abi Dawud 20 Juz, Fath al-Allam syarh Bulugh al-Maram 4 jilid, Nayl al-Mamul ala Lubb al-Ushul wa Ghayah al-wushul, Al-Fawaiad al-Janiyyah dan sebagainya, termasuk penulisanya tentang ilmu periwayatan hadits.
Syeikh Yasin wafat pada hari Jumaat 28 Dzul Al Hijjah 1410 H dan dimakamkan selepas solat Jumat di perkuburan Mala , Makkah Al-Mukarramah.