Kebahagiaan Hidup



Telah berkata Imam Abu Hamid Al Ghazali:
Jika kamu mau kebahagiaan di dunia dan di akhirat :
Jadikan dirimu berada di dalam hati seorang wali dari kalangan wali-wali Allah.

Lalu dikatakan kepadanya, bagaimana yang demikian itu?

Kata Imam Al Ghazali :
Cintailah mereka niscaya mereka akan mencintaimu kerana sesungguhnya hati-hati mereka adalah ternpat pandangan Allah. Mudah-mudahan Allah mendapati kamu di dalam hatinya, lalu Ia (Allah) merahmati kamu. Maka jika kamu telah mencintainya dan beristiqamah menjaga adab terhadapnya, dan kamu sentiasa menjaga adab tersebut, jadilah yang demikian itu sebab kerinduannya (wali) terhadapmu. Maka jika ia rindu terhadapmu akan datang kepadamu himmah (dorongan untuk berbuat taat) dan limpahan kurnia batin menurut kadar rindunya terhadap mu.

Dan apabila kamu melihatnya dan kamu mengasihinya maka bergeraklah daripada hatinya kepada hatimu oleh ahwal (pengalaman rohani) yang kamu tidak mampu usahakannya secara bersendirian. Kerana sesungguhnya manusia dalam urusan mahabbah dan dan kedekatan terhadap Allah ada beberapa darjat yg tertentu.

Semoga Allah Ta'ala menjadikan kita dari kalangan mereka dan bersama mereka.

Facebook

Spotify

Youtube Channel