Manaqib Habib Abdullah bin Muhammad AlHabsyi (Malaysia)

الحمدللهربالعالمين، والصلاةوالسلامعلىأشرفالأنبياءوالمرسلين،سيدنامحمدوعلىآلهوصحبهأجمعين،
:أمابعد

Manaqib Yang Mulia Tuan Guru Habib Abdullah Bin Muhammad AlHabsyi

Nasab Beliau
AlHabib Abdullah bin Muhammad bin Abdullah bin Ja’afar bin Muhammad bin Ali bin Salim bin Husin bin Muhammad (disini nasab beliau bertemu dengan datuk yang kelima Habib Ali bin Muhammad AlHabsyi sohibulmawlid simthuddhurrar) bin Husin bin Ahmad sohibsyi’ib bin Muhammad bin Alwi bin Abu Bakar bin Ali bin Ahmad bin Muhammad Asadullah bin Hasanat-Turabi bin Ali bin AlFaqih Muqaddam Muhammad bin Ali bin Muhammad Sohib Mirbath bin Ali Kholi’u Qasam bin Alwi bin Muhammad bin Alwi bin Ubaidillah bin AlMuhajirila-Allah Ahmad bin Isa bin Muhammadan-Naqib bin Ali Uraidhi bin Ja’afar Sodiq bin Muhammad al Baqir bin Ali Zainal Abidin bin AlHusin Assibith bin Imam Ali bin Abi Thalib wa Fathimah binti Rasulillah Muhammad bin Abdillah SAW.
Ibunya Bernama Syarifah Salamah Binti Syed Umar AlIdrus

AlHabib Abdullah dilahirkan dalam bulan Sya’ban sekitar tahun 1343H/1925 M di AlHazim yaitu sebuah tempat yang terletak diantara kota Seiyun dan Syibam di Wilayah Hadramaut Yaman Selatan. Beliau telah tumbuh disana. Habib Abdullah ada mengambil kesempatan untuk berziarah kekota Tarim dan bertabarruk dengan para ulama di Kota Tarim. Antaranya Habib Alwi bin Abdullah Bin Syihab. Menurut Almarhum Habib Abdullah bin Hussein AlHabsyi, Habib Abdullah bin Muhammad tidak seperti pamannya Habib Idrus Bin Abdullah yang lahir di Malaysia kemudian duduk tinggal dan belajar secara resmi dalam Madrasah di Hadramaut akan tetapi beliau hanya duduk dipintu Rubat saja tetapi beliau dapat mengajar ini karena barokah yang beliau dapatkan di Rubat.

Habib Abdullah merupakan seorang anak yang amat berbakti kepada ibunya. Sebelum berhijrah ke Malaysia, beliau telah berkhidmat dan menjaga ibunya sehingga ibunya wafat. Dimasa yang lain ada juga beliau mengatakan bahwa saya ini bukan orang alim tetapi kebolehan mengajar ini Allah swt bagi berkat saya berkhidmat menjaga ibu saya.

Sekitar tahun 1950, setelah kewafatan ibunya, Habib Abdullah telah berhijrah ke Bumi Malaysia untuk bersama-sama dengan ahli keluarganya yg lain dan berkhidmat pula menjaga ayahnya sehingga ayahnya wafat.

Atas sokongan daripada bapa saudaranya iaitu Habib Idrus, Habib Abdullah telah memulakan perniagaan di kedai no10 Jalan Abdullah di Muar. Pada sebelah pagi, beliau belajar dengan Habib Idrus dan setelah itu beliau mengajar pula di Madrasah kepunyaan Habib Idrus iaitu Madrasah Lughatul Qur’an. Dan pada sebelah petang pula beliau berniaga.

Pada tahun 1952M, ketika berusia 27 tahun, Habib Abdullah telah dinikahkan dengan sepupunya sendiri iaitu Sharifah Bahiyah Puteri kepada Habib Idrus. Hasil perkahwinan tersebut, beliau telah dikurniakan cahayamata 7 orang anak perempuan akan tetapi dua daripadanya meninggal dunia sewaktu kecil. Habib Abdullah merupakan seorang bapa yang sangat penyabar dan mengasihi akan anak-anaknya. Beliau tidak pernah memukul mereka. Hanya saja jika sudah terlalu marah dengan kesalahan yang dilakukan, maka yang menjadi mangsa untuk melepaskan kemarahan tersebut hanyalah pukulan terhadap lantai. Namun itu sudah cukup untuk memberikan kesan yang mendalam sebagai pengajaran untuk mereka.

Pengijazahan untuk mengajar
Pada suatu ketika, Tuan Guru Haji Umar Kampung Serkam telah mencadangkan kepada Habib Idrus supaya mengijazahkan Habib Abdullah untuk mengajar sebagai persediaan pengganti sekiranya Habib Idrus sudah tidak ada nanti. Maka Habib Idrus pun telahm emberi Ijazah kepada Habib Abdullah walaupun ianya ditolak oleh Habib Abdullah pada mulanya atas berbagai alasan antaranya sebab beliau tidak fasih berbahasa melayu.

Pada tahun 1973 ,setelah lima tahun mengajar dalam keadaan kaki yang lumpuh, HabibI drus bin Abdullah AlHabsyi telah kembali kerahmatullah. Selang tiga bulan setelahitu, berkat ijazah yang telah diterima daripada Habib Idrus, apabila ada permintaan dan galakan daripada Engku Mohsin, Engku Haji Aman, Pak Haji Naim, Dato’ Seran dan ahli Jemaah surau yang lain, Habib Abdullah telah memikul beban menyambung tugas dakwah untuk meninggikan Agama Allah diatas muka bumi ini tanpa teragak-agak lagi.

Habib Abdullah mula mengajar di Muar, kemudian ke Melaka, Johor Bahru, Kuala Lumpur dan ketempat-tempat yang lain seperti kedah.

Antara Kitab-Kitab pengajian yang selalu dibawa oleh AlHabib Abdulah, Kitab Safninatun Najah, Tajul Arus, AlHikam Ibn Athaillah, Sairus Salikin, Mustika Hadis dan lain-lain. Beliau juga ada membuka kelas pengajian khas buat wanita dengan membacakan kitab Panduan Wanita. Sewaktu pengajian wanita, Habib Abdullah mengambil jalan menghindarkan diri dari fitnah iaitu dengan mengajar dibalik tabir.

Habib Abdullah akan membaca kitab serangkap dua kemudian akan membahaskannya dari awal majelis sehingga akhir. Sekiranya beliau mengajar ilmu Fiqih, beliau akan membahaskan masalah itu dengan sejelas-jelasnya. Dan sekiranya beliau mengajarkan ilmu tasauf, ianya akan menusuk hati sekalian hadirin. Seringkali lintasan hati muridnya akan dijawab secara tidak langsung oleh alhabib didalam majlis tersebut.

Beliau sangat berhati-hati dalam mengeluarkan fatwa. Jika ada masalah yang kurang difahami, beliau tanpa segan silu akan merujuk kepada orang yang lebih alim daripadanya seperti Sheikh Omar bin Abdullah AlKhatib. Dan jika ada soalan yang boleh mendatangkan fitnah apabila dijawab, Habib akan menyuruh orang yang bertanya itu supaya mengajukan soalan tersebut kepada Tuan Mufti.

Habib Abdullah seorang guru mulia dan disayangi oleh anak muridnya. Beliau bukanlah seorang yang garang, namun beliau amat digeruni oleh mereka.

Habib Abdullah bersahabat baik dengan para ulama dan solihin dizamannya seperti Habib Abdul Qadir Bin Ahmad Assegaf, Habib Ali Bin Jaafar AlAydrus, AlHabib Hasan bin Abdullah AsSyatiri, K.H Fathlullah Harun, K.H Abdullah Syafie, TG Cikgu Md Yasiin, dan lain-lain. Beliau tidak akan melepaskan peluang untuk menziarahi Habib Ali bin Ja’afar Al Idrus di Batu Pahat setiap kali pulang mengajar dari Johor Bahru.

Pada malam yang mulia dibulan yang mulia, iaitu pada Malam Jumaat dan malam yang pertama dari Bulan Rejab 1408 Hijriah bersamaan 19 Februari 1988M, Habib Abdullah Bin Mohamad AlHabsyi telah kembali menuju ke Rahmat Ilahi. Solat keatas jenazah beliau telah diimamkan oleh Habib Zein Bin Hussein AlHabsyi dan kemudian disolatkan sekali lagi diMasjid Jamik Sultan Ibrahim Muar selepas solat Jumaat oleh ribuan Jemaah yang hadhir. Talqin pula dibcakan oleh Mufti Johor ketika itu iaitu AlHabib Alwi Bin Abdullah AlHaddad. Jenazah AlMarhum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 6, Jalan Bakri, Muar.

Al Habib meninggalkan seorang balu dan 5 orang anak perempuan beserta 10 orang cucu. Banyak amalan yang telah Habib tinggalkan kepada anak-anak muridnya dan generasi akan datang umpanyanya Ratib AlAttas dan Ratib AlHaddad, Pembacaan Maulid Simtul Duror, Istighfar Rejab, Selawat4, dan lain-lain. Banyak juga daripada anak murid beliau yang telah bangun menyambung perjuangan meninggikan Agama Allah yang telah di bawa oleh beliau.

فنسألكاللهمبحقالحبيبالأعظمصلىاللهعليهوسلمأنتقبلتوبتنا،وتعجلأوبتنا،وأنتغفرلناخطانا،وتجزلعطانا،وتجعلنامنالمحبوبينالمقربينلديك،الراضينالمرضيين،وتجعلخيرأيامناوأسعدهايوملقاك،وترزقناكمالحسنالخاتمةإذاحانالحمام،بجاهخيرالأنام،وأصحابهوأهلبيتهالكرام،ياحنانيامنان،ياعظيمالبرهان،الأمانالأمانمنعذابالنيران،الأمانالأمانممايغضبالديان،ياغياثالمستغيثين،ياأرحمالراحمين،ياأملالمؤملين،وصلىاللهعلىسيدنامحمدوآلهوصحبهوسلم،والحمدللهربالعالمين

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Facebook

Spotify

Youtube Channel