Mengapa Hati Selalu Tertarik Pada Haul Habib Ali Al-Habsyi



Ada yang bertanya, "Habib, kenapa Haul Habib 'Ali Al-Habsyi begitu banyak yang hadir laksana lautan ummat bahkan yang tak hadir pun merasa resah kerana tidak dapat hadir...???"

Masya Allah... Itu semua terjadi kerana mujahadah beliau yang sangat hebat dalam beribadah dan menjaga perintah Allah SWT dan dalam menerapkan Sunnah Nabi SAW sehingga beliau dicintai oleh Allah SWT. Sebagaimana janji Allah SWT bagi hambanya yang ia cintai disebutkan dalam sebuah hadith Nabi SAW "Allah akan jadikan hatinya dicintai oleh semua hati manusia bahkan semua makluq pun mencintainya..." Sehingga beliau laksana magnet yang menarik semua hati walaupun yang jauh.. Subhanallah 🌹

Hal ini sebagaimana isyarat dari guru besar dan Sheikh Fattah beliau Al-Habib Abubakar bin Abdullah Al-Attas, beliau berkata:

"Engkau akan menjadi magnet nya hati (semua hati akan tertarik dan mendekat padamu...."Alhabib Abdul Qadir bin Qudban pernah berkata kepada Al-Habib Ali bin Muhammad Al-Habsyi: "Ya.. Habib Ali kenapa setiap aku melihat arwah para Salaf Ahli Tarim dan aku bertanya kepada mereka hendak kemanakah kalian wahai para salafku, maka mereka menjawab kami akan ke Ali Habsyi...! Al-Habib Ali menjawab: "Wahai Abdul Qadir, itu semua kerana aku telah memegang ketuanya segala ketua... aku memegang teguh kepada Muhammad Sayyidil Wujud..." Shallallau 'Alaihi Wa Sallam.

InsyaAllah, Haul Al-Habib Ali Al-Habsyi diselenggarakan setiap tanggal 20 Rabiul Akhir dengan membaca Maulud Simtud Durar di Maqam beliau di Seyun, dan Masjid Riyadh Solo yang dirintis oleh anaknya, dan lain-lain tempat pecinta Al-Habib Ali bin Muhammad AlHabsyi.

Wallahu a’lam.

Facebook

Spotify

Youtube Channel