Para Wali Allah adalah Kekasih Allah

Para wali adalah kekasih-kekasih Allah, golongan yang amat hampir dengan Allah (muqarrabin). Allah jelaskan dalam satu hadis qudsi bahawa mereka itu mendengar dengan pendengaran Allah, melihat dengan penglihatan Allah dan berkata-kata dengan perkataan Allah. Memuliakan mereka bererti memuliakan Allah manakala menghina mereka bererti juga menghina Allah. Hingga ada ulama berkata, menghina wali Allah dengan kata-kata dan sebagainya adalah petanda mati dalam suul khatimah. Wal’iyazubillah.

Sebab itu Allah juga berfirman dalam Hadis qudsi lain : “Barang siapa memusuhi wali-Ku, maka Aku akan mengisytiharkan perang terhadapnya.” [Riwayat Al Bukhari]

Facebook

Spotify

Youtube Channel