As-Sayyid Abu Al Fadl Abdullah Muhammad Ash-Shiddiq Al-Ghumari Al-Hasani


Al Sayyid Abu Al Fadl Abd Allah Muhammad Al Siddiq Al Ghumari Al Hasani dilahirkan pada akhir bulan Rajab 1328H bersamaan 1910M di Tanja, Maghribi.

Sejak kecil beliau mendapat pendidikan daripada bapanya. Semasa di bawah pendidikan bapanya beliau telah menghafal Al-Quran dengan riwayat Warash, dan setelah khatam beliau menghafal pula dengan riwayat Hafs.

Setelah itu beliau menghafal sesetengah matan ilmu agama seperti Nazam al-Kharraz yang berjudul Maurid al-Zam'an serta Matan Alfiyyah Ibn Malik, Matan Arba'in an-Nawawi, Ajrumiyyah, Bulugh al-Maram, al-Jawhar al-maknun dan Mukhtasar al-Syeikh al-Khalil.

Beliau kemudiannya mempelajari kitab Syarh al-Azhari `Ala al-Ajrumiyyah daripada saudaranya Abu al-Fayd selain belajar dengan sepupu sebelah bapanya, Sayyid Muhammad bin ‘Abd al-Samad .
Setelah itu dengan perintah bapanya beliau telah merantau ke Fes untuk menuntut ilmu di Universiti al-Qurawiyyin. Di situ beliau belajar Syarh al-Alfiyyah karangan al-Makudi daripada al-Syeikh al-Syarif al-Habib al-Muhaji.

Beliau juga mempelajari kitab tersebut beserta hasyiahnya (nota tepi) daripada al-Syeikh Muhammad bin al-Hajj bin al-Mahsyi. Beliau mempelajari Syarh Ibn `Aqil dan Hasyiah al-Sija'i daripada al-Syeikh Muhammad al-Hajj. Beliau mempelajari bagian awal Syarh al-Kharsyi `Ala Mukhtasar Khalil daripada al-Syeikh al-Habib al-Muhaji dan kitab al-Jinayat dalam Syarh al-Kharsyi daripada al-Syeikh Ahmad al-Qadiri. Bab al-Buyu' dipelajari daripada al-Syeikh Muhammad bin al-Hajj. Beliau mempelajari Syarh al-Bukhari oleh Imam al-Qastalani daripada al-Syeikh Muhammad bin al-Hajj di Masjid Maulaya Idris.

Antara guru-guru beliau ialah:
1. Morocco: bapanya, Sayyid Muhammad al-Siddiq al-Ghumari dan abangnya, Sayyid Ahmad, Sayyid Ahmad ibn al-Tayyib al-Qadiri, al-‘Allamah al-Muhaddith ‘Abd al-Hayy al-Kittani, dan al-‘Allamah al-Qadi al-Husin al-‘Iraqi.
2. Tunisia: Syeikh Jami’ Zaytun Tahir ibn Asyur al-Tunisi al-Maliki

Sayyid ‘Abd Allah Al u Ghumari meninggal dunia di Tangiers, Maghribi pada hari Kamis 19 Sya'ban 1413H bersamaan 11 Febuari 1993M dan dikebumikan bersebelahan kubur bapanya.

Facebook

Spotify

Youtube Channel