Ulama Tanah Melayu



Kenali Ulama Silam Tanah Melayu

Beliau ialah Sayyid Abdul Rahman bin Sayyid Muhammad Al Aidrus. Beliau lebih dikenali sebagai Tokku Paloh. Gelaran lain beliau ialah Engku Sayyid Paloh, Engku Cik, Tuan Cik dan Syeikh Al Islam Terengganu. Beliau lahir pada tahun 1233 Hijriah bersamaan 1817 Masehi. Ayahanda beliau ialah Sayyid Muhammad bin Sayyid Zainal Abidin Al Aidrus atau dikenali sebagai Tokku Tuan Besar di Terengganu.

Tokku Paloh telah belajar berbagai bidang ilmu daripada orang tuanya sendiri yang merupakan seorang ulama besar yang mempunyai kedudukan tertinggi dalam urusan Islam di Terengganu. Beliau juga berguru dengan Syeikh Wan Abdullah bin Muhammad Amin Al Fathani atau Tok Syeikh Duyung. Tok Ku Paloh kemudiannya melanjutkan pelajaran ke Mekah. Antara yang menjadi gurunya disana ialah Sayyid Ahmad bin Zaini Dahlan dan Syeikh Muhammad bin Sulaiman Hasbullah Al Makki.

Semasa melanjutkan pelajarannya di Mekah, Tok Ku Paloh telah bersahabat dengan Syeikh Muhammad Zain bin Mustafa Al Fatoni, Syeikh Abdul Qadir bin Abdur Rahman Al Fatoni, Syeikh Nawawi Al Bentani, Syeikh Nik Mat Kecik Al Fatoni (kelahiran Sungai Duyung Kecil, Terengganu) dan masih banyak lagi. Beliau meninggal dunia pada bulan Zulhijjah 1335 Hijrah bersamaan bulan September 1917 Masihi

Facebook

Spotify

Youtube Channel